Sunday, April 12, 2009

Berwaspada dan berpada2

heh.. tjuk utk cite dia cam x kna lak ngan pe yg ak nk tlis..ssaje bikin gmpak skit..wakaka..
ari nie de la satu artikel yg ak bca kt lam yoyooh tu psal prsediaan lari dr umah..
haha..cite nie brknaan pmpuan la n kbykannye..mmg btul pe yg dperktekn...slalu nye prob msti dr cinta n family..
ape nk jd la mnusia akhir zman ni..?korang sndiri pkir la..
x sume mende dr kte hdup bhagia..de jge drita sensara..ak slalu pkir mende2 cmtue..ye la kalo korang pkir korang nie kurang dr sgi ini, itu or pe2 je..walhal de lg insan yg lbih truk dr korang kn..
korang leh byangkn x kt pdang msyar tue nt..korang tue nt dmane..?ak slalu pkir mende2 cmnie..
mngkin de mende yg ak nk smpaikn de yg x bpe ksmpaian..
ak juz tulis je pe yg trlintas kt benak otak ak nie..
kt cnie de bberape tips la yg ak amek dr ctue..
nah korang bce la sndiri tgk..

1. Harus bersedia untuk menerima kenyataan cinta bukanlah sesuatu yang indah. tips ini adalah sangat relevan bagi sesiapa yang ingin melarikan diri kerana cinta. Apabila lu orang melarikan diri, lu orang akan berfantasi yang perbuatan lu orang ini adalah seromantis cerita Laila Majnun atau Bonnie dan Clyde. Tetapi apabila lu sudah melarikan diri dengan orang yang lu cintai. Kemungkinan besar lu orang akan nampak perangai sebenar kekasih lu itu. Masa tu barulah lu sedar bahawa cinta lu telah diberikan kepada orang yang salah yang melarikan lu berdasarkan nafsu bukan cinta.


2. Harus bersedia untuk menimang cahaya mata. Tips ini adalah satu tips yang amat pentingyang lu orang mesti tau. Lu orang mesti bersedia secara mental untuk menimang cahaya mata. Ini kerana apabila lu melarikan diri dengan lelaki pujaan lu. Sudah mestilah lelaki tersebut mempunyai agenda yang tidak molek terhadap lu. Mungkin pada awal kehidupan lu bersama si dia sebagai pelarian dari rumah merupakan satu period kehidupan yang 'syok' dan 'mahsyuk'. Tetapi tunggulah bila lu pula yang tak datang 'perod'...


3. Harus bersedia untuk dijual kepada bapak ayam dan mama-san. Bukan sedikit kes budak-budak perempuan yang lari dari rumah berakhir dengan kehidupan di tepi lorong Chow Kit. Kalau lu orang dah bernekad nak melarikan diri dari rumah bersama lelaki yang lu puja. Lu harus bersedia hak penjagaan diri lu diberikan kepada seekor bapak ayam atau seekor mama-san.


4. Harus bersedia untuk di'lauk' beramai-ramai. tips ini juga adalah amat penting agar lu tidak terperanjat secara mental dan fizikal. Bukti secara video boleh dilihat dari fail-fail 3gp di bawah tajuk ' dilauk geng pangkah' atau 'Linda dilauk mat Rempit'. Mungkin lu ingat lu lari dari rumah adalah semata-mata untuk hidup bersama dengan kekasih lu. Tetapi kekasih lu pula mempunyai pendirian 'barang baekk harus dikongsi bersama rakan-rakan'. So jangan terkejut sekiranya lu dikongsi-kongsikan.


5. Harus bersedia untuk mempunyai masa depan yang gelap. Sebaik sahaja lu larikan dari rumah kemungkinan besar awan hitam akan mengikuti kemana sahaja lu pergi selepas itu untuk sepanjang hidup lu. Tips ini diberikan secara metafora. Lu fikirlah sendiri.

6. Harus bersedia untuk menyesal sumur hidup. Tetapkan hati dan pendirian yang kuat dan kukuh. Kerana sekiranya lu dah membuat keputusan untuk lari dari rumah lu telah mengambil satu risiko yang mungkin lu akan kesali sepanjang hidup lu. Sekiranya tidak bersedia untuk meneysal seumur hidup. Jangan lari dari rumah.


7. Harus bersedia untuk menetap di negara-negara jiran seperti di Indonesia dan Thailand. Tips ini adalah kepada lu orang yang melarikan diri untuk mengikuti kekasih hati warga asing seperti warga Indonesia. Sekiranya lu melarikan diri mengikut mereka balik ke negara asal. Kemungkinan besar lu akan menetap disana melainkan keluarga lu disini meminta tolong parti-parti politik tertentu di negara ini untuk membawa lu balik semula ke Malaysia. Sekiranya lu ditakdirkan menetap di Thailand, kemungkinan besar nasib lu adalah seperti di tips nombor 3. Cuma lu menetap di Thailand bukan di lorong Chow Kit.


8. Harus bersedia masuk neraka. Tips ini adalah sebagai satu pengetahuan kepada lu yang tidak tahu bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Lu tinggalkan rumah lu samalah seperti lu tinggalkan syurga. Kalau lu dah tinggalkan syurga manalah lagi yang lu boleh pergi nanti selain...


9. Harus bersedia untuk kembali ke pangkal jalan. Ini tips yang perlu anda sematkan di dada. Sekiranya lu dah larikan diri dari rumah, selalulah ingat jalan pulang sentiasa terbuka untuk lu. Keluarga lu sentiasa mengharapkan lu pulang. Sekiranya perkara-perkara 1 sampai 7 berlaku kepada diri lu semasa lu lari dari rumah lu jangan lupa jalan balik rumah lu. Mak bapak lu mengharapkan lu pulang ke pangkuan mereka.


10. Harus bersedia untuk tidak pulang-pulang lagi. Dari langkah pertama yang lu orak untuk lari dari rumah. Lu harus bersedia yang lu kemungkinan besar tidak akan pulang-pulang lagi...

2 comments:

  1. pergh..semalam ko watpe ek kat umah...lalalal~~

    ReplyDelete
  2. aik..???
    smbil mngaru kpla khairanan..
    ak wat2 tdo..
    h0h0

    ReplyDelete